Date uploaded: 2021-04-24 12:04:55

Archive date: Fri, 24 Dec 2021 22:24:38 GMT

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 24 April - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasa yang lain di negara ini sentiasa cenderung dan aktif dalam mengerakkan keanggotaan serta keahlian mereka dalam tugasan-tugasan pembenterasan, pencegahan dan penahanan ke atas sebarang perilaku dan kegiatan yang menyalahi undang-undang. Ini adalah bertujuan bagi menguatkuasakan peruntukan perundangan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan Negara Brunei Darussalam sentiasa terjamin akan keamanan dan kesejahteraannya. Terkini, satu operasi sepadu telah dikendalikan gabungan antara Balai Polis Pusat BSB, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada 23 April 2021. Operasi Sepadu tersebut melibatkan seramai 94 orang pegawai dan anggota yang menumpukan kepada rondaan pencegahan dan juga sekatan jalanraya. Tumpuan operasi dijalankan di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas, kawasan letak kereta Parking Bertingkat, Kawasan Kg Kianggeh dan letak kereta Jalan Residency. Hasil daripada operasi berkenaan, beberapa buah kereta dan motosikal telah diambil tindakan oleh pihak JPD atas kesalahan ubahsuai dan lain-lain. Peroperasian sedemikian akan terus berjalan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan elemen-elemen yang berbaur jenayah ataupun yang berkaitan denganya akan sentiasa dibendung, dibanteras dan diambil tindakan dengan sewajarnya. #upappdb #ppdb_bn