Date uploaded: 2021-03-22 12:54:23

Archive date: Fri, 24 Dec 2021 22:24:07 GMT

BELAIT, Ahad 21 Mac - Dua operasi sepadu sekatan jalanraya telah dikendalikan secara berasingan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di Daerah Belait yang diketuai oleh Pasukan Polis Diraja Brunei pada 18 dan 19 Mac 2021. Dalam operasi pertama, seramai 28 orang anggota dan ahli yang terlibat terdiri daripada Balai Polis Kuala Belait, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertanian, Keselamatan Dalam Negeri dan juga daripada Brunei Darussalam Food Authority (BDFA). Hasil daripada operasi yang dikendalikan di kawasan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait tidak menemukan sebarang kesalahan ataupun yang melanggar undang-undang di negara ini. Manakala bagi operasi kedua yang dikendalikan di dua (2) kawasan berasingan iaitu di Lorong 3 Seria dan Lebuh Raya Seria, Daerah Belait telah dihadiri seramai 42 orang anggota dan ahli melibatkan Keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai Polis Seria, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN). Operasi Sepadu Sekatan jalan raya yang dikendalikan pada sekitar jam 9 malam tersebut diketuai oleh Pmk Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis Belait, Penguasa Penguasa Polis (ASP) Muhd Zulfadli bin Hj Awang Muhd Yusof dan berhasil menemukan beberapa kesalahan di bawah akta masing-masing. Balai Polis Seria : 4 kesalahan (cukai jalan mansuh, memakai lampu kuning). JSKLL : 2 kesalahan melibatkan (memasang plastik filem tingkap kenderaan, tidak memakai tali pinggang keselamatan). JKED : 5 kesalahan melibatkan (minuman keras, rokok dan vape). BKN : 1 kesalahan (penemuan paket plastik berisi hablur dipercayai dadah terkawal beserta alat perkakasnya. Adapun tujuan utama operasi dijalankan adalah bagi memastikan para pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di samping menjalankan tugasan memantau, mencegah serta menahan jika ada sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. PPDB bersama agensi penguatkuasaan lai