User: KPKT Malaysia
Date posted: Tue, 31 Aug 2021 03:39:30 GMT
PERASMIAN STADIUM MERDEKA
Jumaat
30/08/1957
Pada hari ini dalam tahun 1957, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah mengisytiharkan pembukaan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. Dalam majlis penuh gemilang ini, Stadium Merdeka bergema dengan sorakan lebih 15,000 hadirin termasuk atlet-atlet sukan dari lapan negara luar yang turut memeriahkan majlis ini.
Kerja-kerja pembinaan stadium telah dimulakan pada 25 September 1956 dan perletakan batu asas stadium ini disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 15 Februari 1957.
Stadium ini siap dibina pada 21 Ogos 1957. Stadium ini menyediakan 22,000 tempat duduk dan 3,000 darinya adalah berbumbung.
Stadium ini juga mempunyai 14 buah ‘terowong’ yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam.
Beberapa peristiwa penting terakam di stadium bersejarah ini antaranya pemashyuran kemerdekaan negara pada 31 Ogos, 1957, sehari selepas pembukaannya.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia
Sumber : @myarkibnegara
#BulanKemerdekaan
#HariMalaysia
#MenangBersama
#KPKT
#kpktprihatinrakyat