Penjelasan tentang video [Like A Dog] dari Namewee 澄清關於[狗一樣]事件
Uploader: Namewee
Original upload date: Fri, 16 Feb 2018 00:00:00 GMT
Archive date: Mon, 06 Dec 2021 13:00:09 GMT
SURAT PENJELASAN
Yang pertama, beberapa hari yang lepas saya telah upload sebuah lagu yang bertemakan anjing. Lagu ini adalah sebuah lagu Tahun Baru Cina. Dalam turutan kalendar Lunar masyarakat Cina,
Show more...
tahun ini adalah tahun anjing, oleh itu saya telah menyanyikan sebuah lagu tentang bunyi salakan anjing dalam setiap negara yang berbeza. Mungkin anda merasa terdapat kelakuan yang tidak senonoh dalam muzik video tersebut, tapi ia hanyalah untuk hiburan saja. Sebelum ini saya juga ada mengeluarkan lagu Tahun Baru Cina yang bertemakan ayam dan lagu lain yang berunsur lucu untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan sama sekali tiada niat untuk menghina mana-mana agama ataupun bangsa.
Yang kedua, penggambaran muzik video ini dibuat di kawasan aktiviti yang terletak di tepi jalan utama Putrajaya dan bukannya masjid. Babak yang muncul dalam muzik video adalah jalan besar di Putrajaya yang diiringi dengan tanaman pokok di bahagian tepi, bangunan di belakang yang terletak lebih kurang dalam lingkungan 1km ialah pejabat Perdana Menteri. Kami tidak menyentuh mana-mana bahagian kawasan ibadah dalam muzik video tersebut. Jadi saya minta semua pihak yang berkaitan tidak salah faham dan marah oleh kerana laporan berita yang tidak tepat. Maklumat dalam berita yang mengatakan saya membuat penggambaran dan menghina kawasan masjid adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah berlaku. Saya ingin mengesa semua pihak media di Malaysia yang melaporkan berita ini supaya tidak menyampaikan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat dan tampil dengan penjelasan supaya tiada lagi timbul salah sangka yang lebih parah.
Ketiga, Oleh kerana pemandangan dan persekitaran Bandaraya Putrajaya yang cantik dan tidak sibuk, saya juga pernah membuat penggambaran di sini untuk pelbagai jenis video yang lain antaranya video tentang samun, pengemis, kemalangan jalanraya, perlumbaan kereta dan juga video perayaan hari Krismas. Putrajaya adalah sebuah bandar yang istimewa, ramai yang suka buat penggambaran di sini. Sebagai seorang pengarah, gaya persembahan saya selalunya lebih kreatif dan tidak menyentuh isu keagamaan ataupun bangsa. Tambahan lagi terdapat banyak filem luar negara contohnya filem Germany, Bollywood, Hong Kong dan Hollywood pernah membuat penggambaran di sini dan pasti berlatarbelakangkan semua bahagian pentadbiran di sini, kandungan filem juga adalah beransurkan polis, tembak-menembak, pembunuhan dan juga pergaduhan.
Keempat, dalam berita yang dilaporkan ada disebut tentang isu 'Oh My God' yang dikatakan menghina masjid sebelum ini. Saya ingin tegaskan di sini, saya sebenarnya telah dianiaya. Tujuan utama lagu 'Oh My God' adalah untuk memupuk keharmonian di antara kaum dan agama yang berbeza, dalam lirik lagu tidak menghina mana-mana agama. Penggambaran untuk lagu tersebut juga telah dibuat di semua kawasan ibadah termasuklah gereja, tokong buddha, kuil dan bukan hanya masjid Tanjung Bunga sahaja. Malah sebelum penggambaran kami telahpun mendapat persetujuan dari pihak pengurusan masjid dan telah diberikan kebenaran untuk penggambaran. Pihak pengurusan juga berada berhampiran kami ketika penggambaran dijalankan. Kami bukannya muslim, kami tidak tahu tentang peraturan di dalam masjid, oleh itu proses penggambaran telah mendapat persetujuan pihak pentadbir dan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang aman dan kami tidak membuat kecoh ataupun sebarang bunyi bising dalam masjid.
Kelima, saya tidak dan tidak pernah mewakili mana-mana parti politik dan melaksanakan mana-mana perkara. Sekiranya ada komen dari saya yang berunsur politik ia hanyalah pendapat saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia. Semua idea dibuat diri saya sendiri tanpa dikawal atau melibatkan mana-mana parti politik. Saya tegaskan di sini bahawa saya tiada latarbelakang politik, saya seorang pengarah, pemuzik, penyanyi yang tiada latarbelakang atau identiti politik. Tolong jangan libatkan saya pada mana-mana parti politik. Penggiat seni seperti kami susah nak cari makan dan hidup di Malaysia. Saya harap kerajaan akan bantu kamu, tolong berhenti menghadkan kreativi dan idea kami. Tolong!
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan saya yakin rakyat Malaysia sentiasa ingin hidup sejahtera dan harmoni seperti sebuah keluarga. Sebagai seorang pencipta yang cintakan tanahair, saya tidak mungkin akan menghina ataupun memalukan mana-mana agama ataupun bangsa dan tidak pernah melakukannya dalam hidup saya. Saya berharap sempena tahun yang baru ini, negara Malaysia dan rakyat jelatanya akan semakin maju dan hidup aman makmur!
Terima kasih!
-
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/namewee/
#Namewee #黃明志