Date uploaded: 2021-11-25 13:31:06

Archive date: Sat, 25 Dec 2021 01:55:38 GMT

Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya, Wak Mi! Gergasi Merah hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Syahmi Safari setelah kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Biarpun berat untuk Kelab melepaskan Syahmi, persetujuan bersama ini dibuat berdasarkan pembayaran pampasan yang boleh membiayai pelbagai program pembangunan bola sepak di Negeri Selangor. Selain itu, Kelab juga hanya bersetuju apabila terdapat kehadiran pemain yang berkebolehan dan berkualiti untuk mengisi kekosongan ini. Selangor FC amat menghargai khidmatnya bersama Gergasi Merah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Wak Mi di dalam karier bola sepaknya. #KitaAdalahSatu