Date uploaded: 2021-12-02 13:37:33

Archive date: Sun, 26 Dec 2021 18:49:38 GMT

🔰 FADZRUL DANEL STILL TOGETHER KDA FC dengan ini mengumumkan Mohd Fadzrul Danel bin Mohd Nizam terus komited menabur bakti bersama skuad hijaukuning. Nama Fadzrul Danel tidak asing lagi buat peminat hijaukuning kerana beliau antara pemain yang menjadi pilihan barisan kejurulatihan dalam melaksanakan strategi lebih kukuh dibahagian tengah. Berpotensi sebagai pengemudi utama dibahagian tengah, pendedahan yang diperolehi digunakan sebaiknya dengan mempamerkan aksi berkualiti bergandingan dengan rakan sepasukan. Spekulasi yang berlegar baru-baru ternyata tidak benar selepas Fadzrul Danel menoktahkan masa depannya bersama Kedah bagi musim 2022. Berjuanglah sejiwa murni Fardzrul Danel, walau sakit, jatuh dan rebah! ℹ Biodata Pemain Nama: Mohd Fadzrul Danel bin Mohd Nizam Umur: 23 tahun Asal: Sungai Layar, Sg. Petani, Kedah Ketinggian: 181cm Posisi: Pemain tengah #kdafc #stilltogether #2022season @danelnizam