Date uploaded: 2017-11-02 01:31:41
Archive date: Fri, 24 Dec 2021 04:59:37 GMT
Kepada Sahabat Kesayangan Terengganu, Penyokong & Rakan Seperjuangan Terengganu FA.
Waktu & perjalanan saya di Terengganu amatlah bermakna bermula dari hari pertama saya disini. Sejak 1 April 2015 saya telah bertemu dengan ramai kawan yang begitu mesra dan sangat membantu dalam apa jua bentuk disamping menikmati keindahan alam semulajadi yang menarik di Terengganu. Namun, segalanya telah berakhir walaupun saya anggarkan mungkin disini adalah destinasi terakhir karier saya.
Kegembiraan Kejayaan
Kesukaran Kejatuhan
Kebanggaan Terengganu
Segalanya kami kongsi bersama.
Semasa kejatuhan liga 2016, saya dipaksa untuk pergi namun saya telah berjaya menyakinkan pihak pengurusan untuk terus kekal di dalam pasukan ini kerana saya merasakan tanggungjawab saya terhadap penyokong untuk membawa Terengganu ke tahap yang sepatutnya. Dan akhirnya kita berjaya kembali ke Liga Super.
Dengan 32 gol dalam 61 perlawanan, saya tinggalkan Terengganu sebagai penjaring gol terbanyak. Saya telah buat yang terbaik untuk kelab, semua peminat, dan Terengganu. Semua ini merupakan sebuah pengalaman yang amat bermakna dan tidak dapat saya lupakan. Anda semua akan sentiasa di hati saya.
Walaupun berat hati untuk saya pergi ketika ini, tetapi saya harus terima kenyataan ini dan saya juga bersedia untuk hadapi cabaran yang seterusnya. Saya berharap ada rezeki untuk kita berjumpa lagi di lain waktu dan anda semua tidak akan melupakan saya sepertimana saya akan sentiasa mengingati anda semua. Terima kasih 2015 - 2017. ⚫⚪
Saya akan terus merindui Nasi dagang !! 😂😭😔