Date uploaded: 2019-07-30 06:35:07
Archive date: Sun, 26 Dec 2021 00:53:46 GMT
DAULAT TUANKU!
Sejarah negara terus tercipta hari ini dengan sempurnanya istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia, Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara sebentar tadi.
Antara fakta menarik mengenai pertabalan baginda kali ini adalah, Sultan Abdullah bersama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj masing-masing merupakan anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Ayahanda Sultan Abdullah iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dari tahun 1979 hingga 1984 sementara Ayahanda Raja Permaisuri Agong, Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan bermula 1984 hingga 1989.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan individu yang bertanggungjawab mengisytiharkan kedua-dua Almarhum baginda sebagai turus negara pada ketika itu dan hari ini sekali lagi menjalankan amanah yang sama selaku Perdana Menteri ketujuh.
Mengenang perkara itu, Sultan Abdullah menyifatkannya 'bagai berjanji' selain turut menzahirkan harapan agar kerjasama erat serta persefahaman yang pernah terjalin antara Almarhum Ayahanda baginda dengan Perdana Menteri, dapat diteruskan pada masa ini demi kesejahteraan negara dan rakyat tercinta. "Maka benarlah bagai dikata 'negarawan ulung tidak lapuk ditelan zaman dan tidak usang dimamah usia'," titah baginda. - Gambar MB Peja ketika hadir ke majlis pertabalan pagi tadi. -Admin-
#mbperak #MBPeja #pejaofperak #pejazumu #pertabalan #agong #2019 #istananegara #malaysian