Date uploaded: 2021-05-30 06:50:46

Archive date: Sat, 25 Dec 2021 20:15:38 GMT

Kelab Bolasepak Melaka United FC dengan ini mengumumkan kehadiran pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Gary Steven Robbat yang kini sah bakal menyertai pasukan secara pinjaman bagi membantu Skuad Hang Tuah mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini. Gary, 28 tahun beraksi di posisi Tengah adalah antara produk dari Skuad Harimau Muda sebelum menyertai JDT pada 2015 selain mewakili Skuad Bolasepak Kebangsaan di pelbagai peringkat seperti Skuad Bawah 21, 23 dan Senior di peringkat antarabangsa. Selamat menyertai kami Gary, daripada kami keluarga Melaka United FC. ----------------------------------------- Melaka United FC Football Club hereby announces the arrival of Johor Darul Ta'zim (JDT) player, Gary Steven Robbat who is now confirmed to join the team on loan to help the Hang Tuah Squad get through the remaining competitions of the Malaysian League this season. Gary, 28, who played in the midfield position, was one of the products from the Harimau Muda Squad before joining JDT in 2015 besides representing the national team at various levels such as the Under 21, 23 and Senior Squad in the international level. Welcome to join us Gary, from Melaka United FC family. #Welcome #MelakaUnitedFC #AllUniteforMelaka