Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. Fakulti ini memainkan peranan utama dalam melahirkan guru terlatih yang mengajar di sekolah menengah dan pegawai yang bertanggungjawab dalam bidang pembangunan sumber manusia. Kini FPP menawarkan Bacelor Pendidikan dalam biang Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani..., Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, serta Bimbingan dan Kaunseling.
#Sambutan50tahunUPM
#50TahunUPM
#JubliEmasUPM
#Keunggulan50TahunUPM
...
Sempena meraikan sambutan 50 Tahun UPM sebagai sebuah universiti (1971-2021), kami paparkan gambar-gambar menarik serta perkongsian "Keunggulan 50 Tahun UPM" buat para pengunjung media sosial rasmi UPM.
Kepada yang berminat untuk berkongsi gambar menarik ketika berada di UPM boleh hantarkan gambar dan 'caption' kepada [email protected], gambar yang terpilih akan dikongsikan di media sosial UPM dari semasa ke semasa sepanjang tahun sambutan 2021.
See more