Tanggal 3 April 1997, UPM menempa sejarah dengan pengisytiharan nama baharu iaitu Universiti Putra Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4. Majlis pengisytiharan turut disaksikan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada masa itu. Perubahan nama berlaku seiring dengan pertambahan dan kepelbagaian disiplin pengajian di UPM dan nama 'Putra' dipilih bersempena nama Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj serta l...okasi UPM yang bersebelahan dengan Putrajaya.
Sumber gambar: Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Wan Jaswani Wan Abdullah, UPM Dulu-dulu
#Sambutan50tahunUPM
#50TahunUPM
#JubliEmasUPM
#Keunggulan50TahunUPM
...
Sempena meraikan sambutan 50 Tahun UPM sebagai sebuah universiti (1971-2021), kami paparkan gambar-gambar menarik serta perkongsian "Keunggulan 50 Tahun UPM" buat para pengunjung media sosial rasmi UPM.
Kepada yang berminat untuk berkongsi gambar menarik ketika berada di UPM boleh hantarkan gambar dan 'caption' kepada [email protected], gambar yang terpilih akan dikongsikan di media sosial UPM dari semasa ke semasa sepanjang tahun sambutan 2021.
See more