ALOR SETAR,12 Ogos 2015 - Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah sebentar tadi telah diadakan sesi sidang... media oleh YDH CP Dato' Zamri B Yahya,Ketua Polis Kedah berkaitan kes tangkapan dan rampasan senjata api.
Bertarikh 11 Ogos lebih kurang jam 3.15 petang,sepasukan pegawai dan anggota D9 dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah, IPD Kuala Muda serta STAFOC Bukit Aman telah menangkap dua(2) lelaki berumur lingkungan 20-an ke 40-an yang berada didalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta di Sg Petani Kedah.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta,pihak polis telah menemui dan merampas sepucuk pistol jenama Norinco warna hitam,17 peluru 9mm jenis Lugger dan S&B serta sebilah sabit.
Pihak polis juga turut menemui dan merampas sejumlah dadah Syabu,Heroin,Erimin 5 dan pil kuda yang ditemui di dalam beg sandang salah seorang tertuduh.Pemeriksaan lanjut terhadap kereta mendapati no chasis telah dipotong manakala no enjin telah dicanai.
Susulan daripada tangkapan tersebut juga telah membawa kepada rampasan sepucuk pistol angin jenis Pietro Berreta Garoone dan sejumlah peluru Ball Bearing di rumah salah seorang tertuduh.
Dalam satu lagi kes berasingan bertarikh 17 Julai 2015 lebih kurang jam 2.50 petang,Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta dan unit K9 yang bertugas di di Point A Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam telah menahan seorang lelaki menaiki sebuah motosikal bernombor pendaftaran Thailand dari arah Thailand masuk ke Malaysia dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai sepucuk pistol jenis Beretta MCD 950 B-CAL 6.35 warna Silver,sepucuk pistol jenis CZ2075 berwarna hitam,70 butir jenis Bullet Master 9 mm FMJ dan WIN 25 Auto yang dijumpai didalam beg galas yang dipakai.
Saspek ditangkap dan kesemua senjatapi dirampas dan kes disiasat di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Di dalam satu lagi kes berasingan di Bukit Selambau Kedah,bertindak atas maklumat kes samun berkumpulan dan bersenjata api,pada 19 Julai 2015 lebih kurang jam 8.15 malam,sepasukan polis dari JSJ IPK Kedah dan JSJ IPD Baling telah membuat serbuan di kedai gunting rambut di kawasan Sg Petani Kedah dan telah menahan seorang lelaki berumur 30an yang merupakan pemilik kedai gunting rambut tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut,pihak polis menjumpai sepucuk Revolver.38 warna hitam yang mengandungi 2 butir peluru.
Kes disiasat di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.